12 May 2006
selamat hari ibu
sembilan bulan mengandungkan kita. menyusukan dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. sentiasa bersusah-payah untuk memenuhi segala kehendak kita. sentiasa tabah walaupun terpaksa bersusah untuk kesempurnaan kita.
tak pernah diminta walau sedikit balasan atas semua yang diberikan pada kita. cukuplah dalam hatinya bila melihat kita berjaya dan gembira. dalam senyumannya tak pernah luput sinar kasih sayang. walau disakiti hatinya tetap dipenuhi hati kita dengan curahan yang sentiasa kita dahagakan. tak pernah kedekut dengan restu dan sentiasa mengiringi kita dengan doanya.
kadangkala kita sakiti hatinya. kadangkala kita ingkar arahannya. dan kadangkala kita susahkan dirinya. namun semua tetap dimaafkannya. tetap didoakannya akan kebaikan kita. tetap tak menggugat kasihnya pada kita.
emak, ibu, bonda, mother, mutter, mama, mummy walau apapun panggilan, tetaplah tempatmu teratas dihati ini. memang tak mampu diri kami membalas segala yang telah kau berikan pada kami. namun dirimu takkan kami lupakan. takkan kami sia-siakan.
akan ku berusaha untuk membahagiakanmu. akan ku jaga dirimu. akan ku kasihimu, sayangimu sepenuh kasih sayang ini. kerana tempat mu tetap tempat yang teratas dalam hati ini. restumu sentiasa kupohon. dengannya insyaAllah akan menerangi hidup ini. dan dibawah tapak kakimu syurgaku.
terima kasih buat insan yang dipanggil emak. anakmu ini sentiasa menyayangimu...
H - 14 Mei ni Hari IBU. Selamat Hari Ibu buat semua Ibu-ibu di seluruh dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment