Kisah yang dipost oleh kawanku di Friendster...
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergi bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi...
...aauuummmmm!!!!!
Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni.
Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar.
Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata ya. Untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi.
Perigi tu ada tali pendek dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya.
Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu?
Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... camne ni.
Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, sampai kat atas. Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya.
Hmmm.... Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih...
Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba....terdengar satu bunyi....
~uuuuuuuuuuuuu...~
bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu.
Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya".
Kerana setitik madu, si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.... *~-^# (leka sbb sedapnya madu tu) ....
~Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.
2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat si hamba Allah bergayut tadi adalah jangka hayat kita .
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik je madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.
H - dulu di zaman kanak-kanak sedang aku bermain-main bersama rakan-rakan sebaya kat masjid masa tarawih. Ada pakcik serban memanggil kami. Kami duduk bersama-sama pastu dia pun menceritakan kami kisah yang seperti ini. Yang ada timbulkan sesuatu untuk kami fikirkan ... pastu kami jarang bermain-main jika letih bersolat tarawih ... sebab cerita dari pakcik serban lebih kami tunggu ...
No comments:
Post a Comment