pada dasarnya Kebebasan atau Freedom atau Freiheit ni adalah sesuatu yang bagus
tapi aku masih percaya bahawa setiap kebebasan itu harus ada batasnya (harapnya itu yang mereka maksudkan dengan mit Verantwortung). *sila olah ayat ini dengan baik agar tak tersalah anggap ... aku bukan anti kebebasan. cuma, harus difikirkan adakalanya kebebasan sesuatu pihak membawa bencana pada pihak yang lain
sensitiviti atau hak sesebuah pihak itu harus juga diambil kira. aku juga muslim yang terluka dengan penghinaan sedemikian. sedangkan penganut islam itu sendiri diharamkan untuk menggambarkan Nabi mereka, apatah lagi mengkartunkan serta menghina baginda s.a.w
jika hendak menghina Osama Laden, hina sajalah dia. kerna dia juga manusia biasa seperti aku juga. Saddam Hussein? silakan ... dia juga manusia biasa. namun jauh bezanya insan biasa seperti kita ini dengan manusia agung yang telah Allah utuskan untuk membimbing manusia di mukabumi ini.
mungkin kata mereka orang islam ni yang emotional sangat. tapi ada sempadannya antara jenaka dan penghinaan...
semua harus faham akan rasa hormat menghormati antara agama dan budaya. terima kasih pada semua yang menghormati orang-orang lain. aku hargai mereka kerna faham bahawasanya perasaan umat islam terluka dengan penghinaan sedemikian. dan aku juga setuju keganasan yang tak terkawal bukanlah jalan penyelesaian.
akan tetapi umat islam juga mahukan rasa hormat dari umat lain, bukan label islam=terrorist dari mulut-mulut
aku kagumi mereka yang telah berdiri teguh atas nama islam dan dengan lantang membela maruah agama. aku sendiri hanyalah insan kerdil yang lemah diperantauan...hanya mampu membenci dalam hati...
Ya Allah, ampunkan aku...
No comments:
Post a Comment