Pages

28 Feb 2006

Minyak Naik Harga

Minyak naik 30 sen -- Harga baru petrol, diesel dan LPG berkuat kuasa mulai hari ini

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga runcit minyak petrol dan diesel sebanyak 30 sen seliter serta harga runcit gas petroleum cecair (LPG) sebanyak 30 sen sekilogram (kg), berkuat kuasa esok.

Dengan keputusan tersebut, harga runcit baru petrol premium RON97 di Semenanjung Malaysia naik kepada RM1.92 seliter, petrol RON92 RM1.88 seliter, diesel RM1.581 seliter dan LPG RM1.75 sekilogram.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan malam ini memberitahu, kenaikan harga bahan bakar itu dilakukan bagi menangani kesan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia selain membendung peningkatan subsidi yang ditanggung kerajaan.

``Kerajaan memberi jaminan bahawa harga runcit barangan petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini,'' kata kenyataan itu.

Kenaikan yang diumumkan itu merupakan yang tertinggi setakat ini.

Kali terakhir kerajaan menaikkan harga runcit barangan petroleum ini ialah pada 31 Julai 2005 dengan peningkatan sebanyak 10 sen seliter bagi petrol, 20 sen seliter untuk diesel dan lima sen sekilogram untuk LPG.

Menurut kenyataan tersebut, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM7.41 bilion pada tahun lalu walaupun menaikkan harga produk petroleum itu manakala pengecualian cukai pula berjumlah RM7.85 bilion.

Bagi tempoh antara Januari hingga Februari 2006, kerajaan menanggung beban subsidi dan pengecualian cukai sebanyak RM1.19 bilion dan RM1.44 bilion, kata kenyataan itu lagi.

Tambah kenyataan itu, tanpa subsidi dan pengecualian cukai, harga runcit bagi RON97 di Semenanjung ialah RM2.46 seliter diikuti RON92 sebanyak RM2.37 seliter, diesel sebanyak RM1.98 seliter dan LPG RM3.21 sekilogram.

Menurut kenyataan itu, walaupun kerajaan menaikkan harga petrol, diesel dan LPG namun harga bahan bakar itu masih lagi rendah berbanding negara-negara ASEAN lain kecuali Brunei.

Tambah kenyataan berkenaan, kerajaan turut memperkenalkan sistem pemberian subsidi kepada 84 peratus kenderaan yang menggunakan diesel dalam sektor pengangkutan darat.

Mereka terdiri daripada pengusaha pengangkutan awam dan perkhidmatan barangan pengguna melalui fleetcard, kata kenyataan itu.

``Melalui penggunaan fleetcard ini, mereka boleh membeli diesel yang diberi subsidi di stesen minyak dengan harga 15 sen lebih rendah daripada harga yang ditetapkan,'' jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, penjimatan kewangan yang dibuat melalui harga produk petroleum pada kali ini akan digunakan bagi membiayai projek-projek pembangunan dan meningkatkan sistem pengangkutan awam demi kepentingan penduduk negara ini.

Sumber: Utusan Malaysia 28 Febuari 2006

Hmm....Mari kita Kaji isi-isi pentingnya...

1. Minyak naik harga 30 lebih mahal

2. Kenaikan harga untuk menangani kenaikan harga minyak dunia dan kurangkan beban kerajaan

3. Kenaikan 30 sen adalah yang tertinggi

4. Takkan ada kenaikan lagi TAHUN INI

5. Penjimatan adalah untuk biayai projek-projek pembangunan dan meningkatkan sistem pengangkutan awam.

H : 30 sen naik cukup rasa bebannya, harap-harap benarlah bagai dikata tak naik lagi TAHUN INI (tahun depan camner plak? isk2..) dan yang pastinya aku mahu sistem pengangkutan awam DITINGKATKAN. ditingkatkan tu dalam maksudnya ... jangan sekadar dah bertambah syarikat bas je dah kata "ditingkatkan"...sama-sama kita berusaha dan berdoa untuk masa depan negara kita yang tercinta

24 Feb 2006

An Afternoon with the Hijjabed



something to think about...
reasons, characters, knowledges ...

credits to them (MMU) ... nice clip

11 Feb 2006

dulu dan sekarang

Situasi 1 :
Seorang ibu dan anaknya sedang makan di restoran ketika seorang gadis manis dengan baju yang singkat tanpa bertudung dan berseluar ketat.

Dulu :
- Mak, tengok kakak tu ... tak senonoh kan baju dia?
- A'ah..teruk betul ..adik nanti jangan jadi macam dia bila dah besar nanti tau !
- Baik mak..

Sekarang :
- Mak, lawa lah baju pakaian kakak tu ... sesuai dengan trend masa kini
- A'ah..memang lawa..adik nak beli baju macam tu ? nanti kita beli ye...
- Tima kasih mak...you are the best mak!


Situasi 2:
Di rumah, sebuah family sedang menonton rancangan televisyen kegemaran mereka bersama-sama. Lalu tiba-tiba rancangan diberhentikan untuk memberikan laluan kepada seruan Azan.

Dulu :
- Dahdahdah...tutup tv tu...jom kita semayang...lepas bleh je nak sambung balik...
- Jomm....

Sekarang :
- Huuuhhh....(menarik dan menghembus nafas) Azan la plak...suspens ni suspens....
- Ha'ah la...eh bang...tukar jap channel lain sementara Azan tu...


Situasi 3:
Ulasan tentang klip video sebuah lagu baru (ala-ala barat dimana perempuan-perempuan berjoget dengan aktif sekali)

Dulu :
- ".....idea yang bagus, namun adakah ia sesuai dengan budaya dan agama kita, sama-sama kita fikirkan.."

Sekarang :
- "...dua ibu jari keatas!! klip video setaraf klip di barat. penampilan gaya remaja aktif dan lincah..."


H - Kita semakin maju... tepuk sikit dahi anda. fikir-fikirkanlah...

10 Feb 2006

...

bila salji seakan pasir ...

7 Feb 2006

Kebebasan ?

"Meinungs- und Pressefreiheit ... aber mit Verantwortung ..."
kata-kata mereka disini merujuk pada isu karikatur yang hangat melanda sekarang ini

pada dasarnya Kebebasan atau Freedom atau Freiheit ni adalah sesuatu yang bagus

tapi aku masih percaya bahawa setiap kebebasan itu harus ada batasnya (harapnya itu yang mereka maksudkan dengan mit Verantwortung).
*sila olah ayat ini dengan baik agar tak tersalah anggap ... aku bukan anti kebebasan. cuma, harus difikirkan adakalanya kebebasan sesuatu pihak membawa bencana pada pihak yang lain

sensitiviti atau hak sesebuah pihak itu harus juga diambil kira. aku juga muslim yang terluka dengan penghinaan sedemikian. sedangkan penganut islam itu sendiri diharamkan untuk menggambarkan Nabi mereka, apatah lagi mengkartunkan serta menghina baginda s.a.w

jika hendak menghina Osama Laden, hina sajalah dia. kerna dia juga manusia biasa seperti aku juga. Saddam Hussein? silakan ... dia juga manusia biasa. namun jauh bezanya insan biasa seperti kita ini dengan manusia agung yang telah Allah utuskan untuk membimbing manusia di mukabumi ini.

mungkin kata mereka orang islam ni yang emotional sangat. tapi ada sempadannya antara jenaka dan penghinaan...

semua harus faham akan rasa hormat menghormati antara agama dan budaya. terima kasih pada semua yang menghormati orang-orang lain. aku hargai mereka kerna faham bahawasanya perasaan umat islam terluka dengan penghinaan sedemikian. dan aku juga setuju keganasan yang tak terkawal bukanlah jalan penyelesaian.

akan tetapi umat islam juga mahukan rasa hormat dari umat lain, bukan label islam=terrorist dari mulut-mulut busuk yang lantang bercakap di pentas dunia. (*muslimin mari kita bangkit dengan cara terdidik dan efektif untuk membersihkan nama dan maruah Islam).

aku kagumi mereka yang telah berdiri teguh atas nama islam dan dengan lantang membela maruah agama. aku sendiri hanyalah insan kerdil yang lemah diperantauan...hanya mampu membenci dalam hati...

Ya Allah, ampunkan aku...

2 Feb 2006

Intro

penghujungnya sudah pasti, bagaimana pula perjalanannya...