Pages

20 Jul 2006

mungkin kita tak mampu

seharusnya kita tahu dan sedar,
kita kini lemah ...
yang susah tidak berdaya,
yang senang menutup mata...


mungkin kita tak mampu, berperang dengan kekuatan kita,
mungkin kita tak mampu, berada disamping saudara kita dikala mereka dalam kesusahan,
mungkin kita tak mampu, pengaruhi dunia agar kasihani saudara kita,
mungkin jua tak mampu, tegakkan keadilan dengan daya dan kredibiliti kita pada mata dunia

mampukah kita hanya sekadar memandang, penderitaan mereka,
mampukah kita duduk diam dan rasa tenang ketika mereka meratap, menderita...
mampukah kita biar saja, saudara kita yang menderita tetapi berjuang menegakkan hak-hak mereka lagi dituduh pengganas...
mampukah kita sekadar mengutuk kekerasan dan kezaliman syaitan-syaitan bermuka manusia,
mampukah kita duduk semeja "berunding" dengan dengan iblis-iblis yang kita tahu hasilnya cuma melambatkan tapi tetap menyambung penderitaan saudara kita ...

akan tetapi kita masih mampu ...
belanjakan harta kita untuk kebajikan mereka,
bersatu dengan ummah agar menjadi lebih kuat,
perbaiki diri, kaum dan negara kita agar tak menerima nasib seperti saudara kita

kita mampu doakan mereka,
kerana Allah sentiasa bersama dengan golongan yang benar,
kerana Allah sentiasa membantu golongan yang dizalimi
kerana pertolongan Allah amatlah dekat dengan kita...

sekurang-kurangnya, yang pasti ...
kita mampu membenci dalam hati ... itulah selemah-lemah iman


"... dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi janganlah kamu melampaui batas, kerana Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas..."
(Al-Baqarah : 190)

"...dan perangilah mereka itu, sehingga tiada lagi fitnah itu dan sehingga ketaatan itu hanya untuk Allah. Jika mereka itu berhenti memusuhi kamu, maka tiada permusuhan lagi, kecuali terhadap rang-orang yang zalim..."
(Al-Baqarah : 193)

"...dan belanjakanlah harta bendamu dijalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu kedalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang yang berbuat baik..."
(Al-Baqarah : 195)

18 Jul 2006

artistic touch - niklas sundin

these are some lovely touch of him. interesting work.

-gaia-

-veneficum-

the artist - niklas sundin of dark tranqullity

Age: 30


Education:
1993: senior high, economical program
1994: literature, university of gothenburg
1996: psychology, university of gothenburg
1997: arts, university of gothenburg
1998-99: web- and multimedia design, ITC

Misc: various courses in oil painting, silversmithing, acrylics, watercolour. Seven album recordings and worldwide touring with dark tranquillity.

H- literature, psychology, arts ... very good.


more: go to cabin fever media

22 Jun 2006

bleh gua beli lu punya masa?

"assalamu'alaikum"

"wa'alakumussalam"

"dude, amacam ?"

"gua orite je. lu peciter nih ?"

"bleh gua beli li punya masa ?"

"bape jam ? bape lu bleh bayar ?"

"bagi gua 3 jam cukup aa. bape lu jual ?"

"sejam 7 rat. tade deal2 lain. ok ?"

"gua amik. ni gua bayar cash. transfer masa lu tu kat gua senin depan ek. 24 jam gua tak cukup nk setelkan keje2 gua "

"ok. thanks. pandai2 aa guna masa yg lu beli tu ...."


H- gunakan masa sebaiknya. ingat tu jack

17 Jun 2006

Dipanjangkan dari seorang kawan ...

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak
dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

16 Jun 2006

selamat hari jumaat

selamat hari jumaat,
moga sentiasa sentiasa beroleh berkat,

dan semoga terus berpanjangan rahmat ilahi

8 Jun 2006

ku tunggu ...

Hari pertama :
dalam perjalanan ke kelas encik peguam, kulihat sekilas akan kamu,
masih awal lagi...
ku cuba nasibku pukul dua sebelum ke makmal,
h a m p a ...

Hari kedua :
kucuri-curi usha ke dalam,
tiada yang menarik ...

Hari ketiga juga hambar seperti biasa,
aduh , loser sungguh aku ini ...

Hari keempat :
kau seakan memanggilku, aku suka begini,
malangnya hanya khabar dari deutsche telekom ...

Hari kelima :
stadtanzeige, percuma dari town council,
bosan, tapi agak berinformasi ...

Hari keenam :
aku masih berharap, yang aku tunggu masih belum tiba,

Hari ketujuh :
iklan dari pasaraya, murah..murah!!
oh lupa pula..posmen juga mahu bercuti.

bila agaknya akan ku terima khabar berita seperti lapan belas bulan dahulu ?
diri ini masih setia menunggu

H - pasti ramai teman-teman yang menghadapi situasi seperti ini ...

5 Jun 2006


"The world is moved not only by the mighty shoves of the heroes, but also by the aggregate of the tiny pushes of each honest worker."
- Helen Keller