kita kini lemah ...
yang susah tidak berdaya,
yang senang menutup mata...
mungkin kita tak mampu, berperang dengan kekuatan kita,
mungkin kita tak mampu, berada disamping saudara kita dikala mereka dalam kesusahan,
mungkin kita tak mampu, pengaruhi dunia agar kasihani saudara kita,
mungkin jua tak mampu, tegakkan keadilan dengan daya dan kredibiliti kita pada mata dunia
mampukah kita hanya sekadar memandang, penderitaan mereka,
mampukah kita duduk diam dan rasa tenang ketika mereka meratap, menderita...
mampukah kita biar saja, saudara kita yang menderita tetapi berjuang menegakkan hak-hak mereka lagi dituduh pengganas...
mampukah kita sekadar mengutuk kekerasan dan kezaliman syaitan-syaitan bermuka manusia,
mampukah kita duduk semeja "berunding" dengan dengan iblis-iblis yang kita tahu hasilnya cuma melambatkan tapi tetap menyambung penderitaan saudara kita ...
akan tetapi kita masih mampu ...
belanjakan harta kita untuk kebajikan mereka,
bersatu dengan ummah agar menjadi lebih kuat,
perbaiki diri, kaum dan negara kita agar tak menerima nasib seperti saudara kita
kita mampu doakan mereka,
kerana Allah sentiasa bersama dengan golongan yang benar,
kerana Allah sentiasa membantu golongan yang dizalimi
kerana pertolongan Allah amatlah dekat dengan kita...
sekurang-kurangnya, yang pasti ...
kita mampu membenci dalam hati ... itulah selemah-lemah iman
"... dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi janganlah kamu melampaui batas, kerana Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas..."
(Al-Baqarah : 190)
"...dan perangilah mereka itu, sehingga tiada lagi fitnah itu dan sehingga ketaatan itu hanya untuk Allah. Jika mereka itu berhenti memusuhi kamu, maka tiada permusuhan lagi, kecuali terhadap rang-orang yang zalim..."
(Al-Baqarah : 193)
"...dan belanjakanlah harta bendamu dijalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu kedalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang yang berbuat baik..."
(Al-Baqarah : 195)